Salam..

Saturday, October 29, 2011

13 PESANAN RASULLAH SAW KEPADA SAIDINA ALI IBN ABI TALIB


بسم الله الرحمن الرحيم

Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Ali bin Abu Talib berkata : "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah telah bersabda kepadaku dengan mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:

1. Hai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi tanpa memakai kain separas pinggang, bahawasanya sesiapa yang memasuki tempat mandi separas pinggang, maka dia mendapat laknat dari jari telunjuk dan di jari tengah.

2. Hai Ali, janganlah engkau memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah, sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Hai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istigfar "Rabighfirlifainahu layaghfirul-zunuba illa Anta" (Ya Tuhanku ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan engkau). Lalu Allah berfirman, "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Ku. Hai malaikat-Ku, jadilah saksi bahawasanya Aku telah mengampunkan dia".

4. Hai Ali, takutilah engkau daripada berdusta, bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sidiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidiq (benar) itu berkat dan kazzab (dusta) itu celaka.

5. Hai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu domba bahawasanya orang yang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

6. Hai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau, sesungguhnya Allah tidak mensucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan-Nya.

7. Hai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok, bahawasanya Allah Taala mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Hai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah seranah, bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Hai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek gigi, bahawasanya bersugi itu mensucikan mulut, mencerahkan mata dan diredhai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi oleh malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.

10. Hai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah, apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya, pertahankanlah diri engkau daripada dikuasai oleh kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Hai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurnia Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau perolehi peruntukkan daripada Allah.

12. Hai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau benci juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman, dengan itu engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Hai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan di antara ahli rumahmu, hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Hai Ali, peliharalah pesanku (wasiatku), engkau akan perolehi kemenangan dan kelepasan, Insya-Allah.

Thursday, October 27, 2011

KUBUR BERKATA SEWAKTU SEWAKTU JENAZAH FATIMAH AZ- ZAHRA HENDAK DIKEBUMIKAN

بسم الله الرحمن الرحيم


Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-


1.Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2.Hasan (anak Fatima r.a)

3.Husin (anak Faimah r.a)

4.Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a


Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az- Zahra, anak Rasulullah S.A.W."

Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-


1.Hendaklah ia menjaga solatnya

2.Hendaklah dia bersedekah

3.Hendaklah dia membaca al-Quran

4.Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.


Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-


1.Jangan berdusta

2.Jangan mengkhianat

3.Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)

4.Jangan kencing sambil berdiri


Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing."

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al- Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

Keistimewaan cara Allah mencipta wanita..^_^

بسم الله الرحمن الرحيم


Renungan..
Betapa Berharganya Seorang Wanita

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA...
"

Saturday, August 27, 2011

Istilah BABI dalam Perubatan..

بسم الله الرحمن الرحيم


Saya ingin kongsikan bagaimana untuk kita mengenal pasti ubat-ubatan yang mengandungi sumber khinzir.
Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk ubat tersebut.
Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah
sains yang sering digunakan pada label ubat?Dalam Bahsa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini.
Contohnya:
 
1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis
babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi
muda, berat kurang 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau
berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan
untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu BAbi

dan ada pelbagai istilah lagi...

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan
babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label
ubat. Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang
bertulis "This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk
ini mengandungi bahan dari babi", atau label yang menyatakan "The source
of gelatin capsule is porcine" bermaksud "Kapsul dari gelatin babi".



semoga info ini bermanfaat untuk smua..mungkin sblum nie kta hanya tau istilah pig jakn dlm mkanan atau apa2 produk..tp skrng n mngkin msa akn dtg.. istilah2 yg kt ats nie mngkin bkn sja akn dgunakan dlm prubatan malah juga akn dgunakan pd produk kgunaan umat Islam..nauzubillah..smkin byk bnda hrm msuk dlm bdn n mnjdi drh daging kta smkin brat rsanya untuk btul2 khsyuk dlm stiap ibadah kta pdaNya.. 


Nabi SAW pernah bersabda:
أَيُّمَا لَحْمٍ نَبَتَ مِنَ الْحَرَامِ فَالنَّارُ أَوْلَى لَهُ
Daging mana saja yang tumbuh dari sesuatu yang haram maka neraka lebih pantas untuknya”.
p/s : slepas bca senangkanlah hati untuk sebarkn pd saudra seIslam kta yg lain..insyaallah..smoga dberkati olehNya..


Wednesday, July 27, 2011

Ada apa dengan angka 13..

بسم الله الرحمن الرحيم



Rahsia 13 
Inilah dia rahsia rukun solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 
4.Al-Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur. 
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur. 
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur. 
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar. 
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. 
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur. 
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T. 

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” 
Wassalam.

Tuesday, July 19, 2011

Medan jihad seterusnya...insyaallah..

  بسم الله الرحمن الرحيم
subhanallah,Alhamdulillah,walailahaillallah, Allahu akbar...aku mulakan catatan pada hari ini dengan menyebut puji-pujian pada Allah yang menciptakan langit & bumi ini.Maha suci Allah Alhamdulillah..segala kesyukuran dipanjatkan padaNya yang telah memberi rezeki kepada setiap hambaNya.Setelah berbulan-bulan aku dan sahabat serta kawan2 seperjuangan yang lain menunggu keputusan kemasukan ke universiti akhirnya tanggal 15/7/2011 pada hari jumaat penghulu segala hari telah menyampaikan khabar gembira pada semua yang menanti dengan penuh kesabaran dan doa yang tak pernah putus padaNya. Alhamdulillah boleh dikatakan 98% antara kami semua dapat melayakkan diri menjejakkn kaki ke medan jihad yang seterusnya. Alhamdulillah..aku juga trmasuk antara yang beruntung,medan jihad aku seterusnya adalah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Pengajian Islam (Dakwah &Kepimpinan). 
Alhamdulillah jurusan yang membuatkan aku rasa dekat dengan Allah..belajar ilmu agama dakwah & kepimpinan. Rasa sangat bertuah kerna dipilih oleh Allah untuk menuntut ilmuNya..walaupun jauh di sudut hati ini rasa terkilan kerna tidak berjaya dipilih untuk mengikuti kursus pendidikan di UPSI dalam bidang Kaunseling,namun aku tetap bersyukur dan redha atas nikmat dan kurnian drpdNya ini.aku lbih suka menerima ssuatu itu dengan menyatakan bahawa segala sesuatu yang Allah berikan pada setiap hambaNya itu adalah yg terbaik drpdNya untuk setiap hambaNya..tak smua yang kta suka Allah juga suka dan juga sebaliknya. sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui  segalanya.Hanya kini ku berdoa agar Allah tetapkan hati ini agar sntiasa dan trus brada pda jalanNya wlaupn dmana jua aku berada nanti.insyaallah..amin.

Thursday, June 2, 2011

KEISTIMEWAAN BULAN REJAB

بسم الله الرحمن الرحيم



Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.