Salam..

Sunday, February 27, 2011

Adab berpakaian dalam Islam

بسم الله الرحمن الرحيم

 1. Menutup aurat
AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Paha itu adalah aurat.” (Bukhari)

2. Tidak menampakkan tubuh
PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.” (Muslim)

3. Pakaian tidak ketat
TUJUANNYA adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan

4. Tidak menimbulkan riak
RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat.” Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti.” (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’iy dan Ibnu Majah)

5. Lelaki, wanita berbeza
MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: “Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan.” (Bukhari dan Muslim)
Baginda juga bersabda bermaksud: “Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki.” (Abu Daud dan Al-Hakim).

6. Larangan pakai sutera
ISLAM mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat.” (Muttafaq ‘alaih)

7. Melabuhkan pakaian
CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud: “Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” (al-Ahzab:59)

8. Memilih warna sesuai
CONTOHNYA warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: “Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih).” (an-Nasa’ie dan al-Hakim)

9. Larangan memakai emas
TERMASUK dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya.
Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai.
Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita.”

10. Mulakan sebelah kanan
APABILA memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: “Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci.”Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya. ” (Riwayat Muslim).

11. Selepas beli pakaian
APABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud:
“Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah”.

12. Berdoa
KETIKA menanggalkan pakaian, lafaz- kanlah: “Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia.

Tuesday, February 15, 2011

LUKISAN RINDU – Are Buddy



بسم الله الرحمن الرحيم
Pada tangisan atau jua pada air mata,
Hadirlah sayang tak bisa ku lari darinya,
lukisan rindu yang terlantar di wajahku,
Hadir dari hati yang dihimpit perasaan
Dirimu ku rindu oh kekasih allah,
Walau kita tak pernah bersua

Mengalir mutiara suci di pipiku,
Sambil dibibir ku berselawat mengingatimu,
Kerinduan bertamu tidak bisa lagi ku bendung,
Hanya bisa ku luah dengan kata bermadah

Ku harapkan rahmat allah
Ku harapkan syafaatmu,
Agar bisa ku bersamamu oh rasulullah

Ku baca sirahmu,
Ku hayati kata katamu,
Betapa indah akhlakmu
Betapa erat ukhuwahmu dan sahabat,

Ku andaikan diriku berada di sisimu,
Namun ku langsung terpana..
Betapa hinanya aku di sampingmu..

Aku yang banyak berdosa,
Mengharap maghfirah Allah,
Aku malu padamu..
Duhai rasulullah..

Lukisan rindu.. padamu penuh berwarna,

Ya Rasulullah.. Ya habibAllah..




Monday, February 14, 2011

"Aku belum pernah melihat lelaki sekacak ini..."SIAPA???

 بسم الله الرحمن الرحيم

NABI MUHAMMAD SAW - MANUSIA AGUNG

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda..

Di antara kata-kata persepsi sahabat ialah :
Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..

· Aku melihat cahaya dari lidahnya.

· Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

· Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

· Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

· Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

· Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

· Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

· Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

· Wajahnya seperti bulan purnama.

· Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

· Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

· Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

· Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali

· Mulut baginda sederhana luas dan cantik..

· Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

· Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

· Janggutnya penuh dan tebal menawan...

· Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

· Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

· Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah.

· Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

· Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.

· Seimbang antara kedua bahunya.

· Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

· Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

· Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

· Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

· Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.

· Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

· Warna kulitnya putih tapi sihat.

· Kulitnya putih lagi bercahaya.

· Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

· Badannya tidak gemuk. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.

· Perutnya tidak buncit. Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULAN :

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.


Sunday, February 13, 2011

BIODATA KEKASIH KITA RASULULLAH SAW

بسم الله الرحمن الرحيم
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Tarikh lahir: Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571. Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
 

Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).

Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

· Khadijah Binti Khuwailid.

· Saudah Binti Zam'ah.

· Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).

· Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).

· Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.

· Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).

· Zainab Binti Jahsy.

· Maimunah Binti Harith.

· Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.

· Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim

2. Abdullah

3. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)..

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN: Thuwaibah
SAUDARA SUSUAN:

1. Hamzah

2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

IBU SUSUAN: Halimah Al-Saidiyyah
SAUDARA SUSUAN:

1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza

4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah ***

5. Al-Abbas ***

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)

8. Abdul Ka ' bah

9. Hijl

10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. Atiqah ##

14. Arwa ##

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.

## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Monday, February 7, 2011

MEMORI TAMRIN IMAM MUDA TAUFIKIAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Hati ini melonjak-lonjak ingin menulis segala memori yang masih segar dalam ingatanku ini,namun keletihan & kesakitan yang menerpa diri ini menjadi mani’(penghalang) untukku menulis dengan baik. Namun di pagi yang indah & segar ini setelah menyiapkan segala kerja rumah,aku membancuh secawan susu panas sebagai sarapan pagi dan terus membuka laptop dan membiarkan jariku mula menari-nari di atas keyboard ini dengan rancak mencoret semua memori semasa program yang ku hadiri baru-baru ini. Dua tiga minggu yang lalu aku menerima sms daripada seorang sahabat yang baru ku kenal ketika sebelum peperiksaan stpm dulu,kami berhubung sebagai perantaraan unit pra U sekolah bertukar-tukar soalan exam trial stpm. Walaupun selepas peperiksaan berakhir kami masih berhubung. Sms yang ku terima ternyata mengejutkanku,aku diminta menjadi fasilitator bagi program di sekolahnya dahlulu. Jika diikutkan hati sendiri mahu sahaja aku terima tanpa banyak bicara namun keizinan orang tuaku lebih utama. Setelah bertanyakan kepada mak & abahku ternyata mereka tidak punyai masalah sedikit pun untuk mengizinkanku pergi. Alhamdulillah. Aku diminta mencari 4 orang lagi untuk menjadi fasi di sana nanti. Aku meneliti satu demi satu nombor telefon rakan-rakanku,mencari siapa yang harusku jemput untuk turut serta bersamaku nanti. Dugaan. Memang payah sekali mengajak rakan-rakan untuk turut serta kerna masing-masing ada tanggungjawab sendiri,ada yang bekerja dan belajar dan tidak kurang juga ada yang ingin sekali pergi namun terikat dengan urusan lain serta tidak diizinkan oleh ibubapa mereka.

Waktu program hanya tinggal seminggu sahaja lagi namun aku baru dapat mengajak  dua orang untuk turut serta,ini bermakna aku masih perlukan dua orang lagi. Saat ini aku hampir mahu berputus asa dan ingin mengundur diri daripada menyertai program tersebut,namun sahabat yang mengajak aku pergi ke program tersebut seakan-akan terlalu mengharap supaya aku dan rakan-rakan yang lain sudi untuk pergi ke sana dan membimbing adik-adik sekolahnya dulu. Oleh  itu aku kuatkan semangatku semula berusaha lagi mencari dan Alhamdulillah disaat-saat akhir aku menemui mereka yang sudi turut serta. Aku cuba mempersiapkan selengkap mungkin ilmu yang berkaitan dengan program agar mudah untuk menjalankan tanggungjawab di sana nanti.Program ini berlangsung pada 3/2/2011 – 5/2/2011 pada hari khamis hingga hari sabtu baru-baru ini. Namun sebagai fasi kami diminta untuk pergi awal iaitu pada petang rabu untuk membuat sedikit persediaan sebelum program. Pengangkutan pergi dan pulang kami di sediakan oleh pihak sekolah di sana, aku menghadapi kesulitan ketika mencari rakan-rakan untuk turut serta,namun setelah berjaya mendapatkan semuanya,ujian ini tidak hanya terhenti disini. Pada petang dalam perjalanan ke tempat kami berkumpul sebelum dijemput oleh pihak sekolah,kereta yang ku naiki menghadapi masalah dan tidak dapat bergerak. Ya Allah, terasa resah dan sedih pada ketika itu menerima ujian yang tidak henti-henti,namun aku memujuk diri,dalam hati berdoa dengan sungguh agar Allah tunjukkan jalan keluar daripada masalah ini, tidak lama selepas itu Alhamdulillah, Allah telah menghantar seseorang untuk menolongku, bersyukur sangat-sangat. Dia adalah abang angkat adik aku yang sudi menghantarku untuk sampai ke destinasi yang dituju. Aku merasa tidak selesa dan memohon maaf kerna telah menyusahkan dia namun aku anggap dia adalah perantaraan Allah untuk aku meneruskan urusanku ini.

Pergi ke program tersebut umpama pergi ke medan jihad, kerna di sana kami dipertanggungjawabkan untuk memberi bimbingan kepada adik-adik yang dahagakan ilmu pengetahuan terutama tentang ilmu agama,ibadah serta akidah dalam kehidupan seharian mereka. Mereka inilah yang akan menjadi pemimpin yang memimpin negara berpandukan Al-Quran & Sunnnah  kelak. Akhirnya selamat juga sampai di sekolah yang menjadi destinasi tujuan atau medan jihad kami para fasi iaitu Sekolah menengah agama taufikiah( pondok pakya). Program yang dijalankan ini bertemakan ‘IMAM MUDA’ pengisiannya bertumpukan kepada soal ibadah & akidah para pelajar. Sayu di hati ini mereka seperti musafir yang berjalan mencari-cari air di padang pasir yang panas membahang, dahagakan ilmu. Aku tidaklah begitu pandai dan punyai banyak ilmu untuk diberikan kepada mereka kerna aku sendiri masih belajar dan masih banyak perkara aku masih kurang mahir lagi,namun ku salurkan sebanyak mungkin pengetahuan yang ku ada untuk mereka,menjawab segala persoalan yang bersarang di pemikiran mereka berkaitan permasalahan tentang Islam semampu yang aku boleh. Jika aku tidak tahu terus rujuk kepada fasi yang lebih senior untuk menjawabnya. Alhamdulillah selesai sudah program tersebut, jika diikutkan program selama 2 hari setengah itu tidak cukup untuk mereka,masih banyak perkara rasanya yang belum sempat diberikan pendedahan kepada mereka. Namun begitu aku dan barisan fasi yang lain berharap mereka akan menyimpan dan menggunakan mutiara ilmu yang kami berikan itu dengan sebaik-baiknya. 

Aku pula terus-terusan diuji,hari terakhir aku sakit mata gara-gara bisa serangga yang bernama ‘charlie’. Smpai sekarang mataku sakit,entah bila akan sembuh,apapun aku berharap sakit ini merupakan maghfirah dosa untukku. Mungkin sebelum ini pandangan mata ini terlalu liar memandang maksiat dan kini biarlah kesakitan ini menjadi maghfirah dosa itu. Wallahua’lam.  

Tuesday, February 1, 2011

KEMATIAN ITU PASTI BERLAKU

 بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran tau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah  mati.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit  yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
 
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi Kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
 
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Mudah-mudahan mati kita dalam keadaan beriman dan dalam keadaan diredhai oleh Allah.

 

Bohong itu memusnahkan kepercayaan orang pada dirimu..

بسم الله الرحمن الرحيم

saya percaya setiap orang pasti ada prinsip hidup masing-masingkan.Ha..sma la dgn saya..juga punya prinsip hidup jga..saya ada bberapa prisip yang saya pegang dalam hidup saya ini. salah satunya ialah xsuka pabila ditipu. memang sensetif sangat klau ada sapa2 yang bercakap dgn saya dan dia berbohong. xkira la bohong sunat ka,bohong wajib ka..tetap bohong..saya memang xsuka.Tau x,napa..sebab rasa mcm diri nie dipermain & diperbodohkan. saya memang jenis percayakan orang. saya anggap semua yang brhubung dgn saya adalah orang baik2..sbb buruk sangka itukn xbaik..bukan senang rasanya tuk dapatkan kepercayaan sseorang..tapi pabila kita dh percayakan sseorang itu dan dia mengkhianati kita..memang sakit rasanya..coretan ini saya tuliskan dalam bahasa yang lebih santai,hanya untuk luahan jiwa yang kecewa...untuk apa kita perlu berbohong sehingga menyakitkan hati orang lain sedangkan Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya.