Salam..

Sunday, April 3, 2011

8 hari 7 malam berkampung di langkawi telah melakar pelbagai kenangan..

بسم الله الرحمن الرحيم

Agak lama juga ya ak xmenulis di blog nie..sekarang jari ini dah mula rindu untuk menari-nari melakar pengalaman manis,pahit sepanjang berada di langkawi selama seminggu menguruskan Kem Pemantapan Akhlak & Ibadah yang diadakan di SMA Al-Baqiyatus Solihat di kampung ranggut di langkawi. Kem ini berlangsung sepanjang 4 hari 3 malam. Ak dan 3orang lagi rakan bersama ustaz syauqi selaku pengarah program terpaksa untuk pergi lebih awal kerna perlu menguruskan beberapa hal berkaitan dengan program sebelum ianya berlangsung. Pelbagai dugaan yang terpaksa kami tempuhi sepanjang menguruskan program. Diuji dengan kehilangan dompet salah seorang antara kami hingga terpaksa mencari balai polis untuk membuat laporan kehilangan namun keadaan malam itu tidak hanya berhenti dengan ujian itu malah ianya diburukkan lagi dengan kami diganggu oleh makhluk halus pada malam pertama kami menginap di sebuah rumah yang disewakan kepada kami oleh salah seorang penduduk kampung ranggut yang kini menjadi ibu angkat kami. Keadaan bertambah huru-hara pabila kami terus-terusan diganggu dengan bunyi-bunyi pelik & hembusan angin sejuk di pipiku..masih terasa hingga kini..menyeramkan.Sehingga menyebabkan ustaz kmi terpaksa mencari motel pada pukul 2 pagi untuk kami menginap.huh..keadaan malam itu sungguh mencemaskan dan menakutkan. Ternyata tempat itu ada “penghuninya”.Untuk hari-hari seterusnya kami masih diuji dengan pelbagai masalah. Masalah dengan salah seorang ustaz di sekolah tempat yang kami ingin membuat program. Sungguh tidak matang cara pengurusannya,namun kami tetap bersabar. 

Walaupun kami berada dalam keadaan sedikit tertekan dengan dugaan yang mendatang namun pengarah kami sentiasa menjernihkan keadaan dengan membawa kami berjalan-jalan pada waktu petang setelah bekerja pada sebelah pagi & tengah hari..kami dibawa pusing2 langkawi melihat pemandangan pulau langkawi,orang2 di langkawi,suasananya yang penuh dengan pelancong asing sehinggakan kami merasa seakan-akan berada di luar negara. Perjalanan kami ini ada tujuan juga,kami di minta agar melihat keadaan & suasana di langkawi ini agar pabila program berlangsung nanti kami akan mudah untuk membimbing para peserta yang kebanyakannya daripada langkawi ini dengan baik. Masalah kami diganggu oleh makhluk halus tempoh hari masih belum selesai. Dalam diam makhluk itu ada pada salah seorang di antara kami. Huh...pada sebelah malamnya pengarah kami bawa seorang ustaz yang pandai dalam mengendalikan kes2 sebegini datang ke rumah ibu angkat tempat kami menginap. Kebetulan pada malam itu ak demam,rasa badan panas sekali. Ustaz menyuruh ak & rakan yang terlibat keluar daripada bilik untuk aktiviti rukyah. Namun tiada apa2 reaksi yang berlaku setelah rukyah & azan selesai dibaca kepada rakan kami itu,malah badan ak yang panas tadi telah sejuk & berpeluh. Pelik memang pelik. Selepas itu kami di suruh untuk masuk tidur dan selesai malam itu kami sudah tidak hadapi apa2 masalah lagi hinggalah program habis. Program bermula dengan pendaftaran selepas waktu zohor sehingga waktu asar. Peserta yang menyertai hanyalah 45orang. Walaupun sedikit namun kami rasa seperti 100orang yang menyertainya. Maklumlah yang menyertai kebanyakannya yang kecil2 & tidak pernah berenggang dengan keluarga. Malam2 sebelum tidur perlu didodoikan klau tidak nangislah jwbnya.. itu baru peserta perempuan. Bagi peserta lelaki tersangatlah nakal. Sakit jantung ak dbuatnya menguruskan mereka. Namun mereka anak2 yang pandai2 semuanya & ingin belajar. Kenangan manis bersama mereka pabila buat program di pantai tengkorak. Buat usrah dengan pemandangan pantai yang indah & nyaman. Kemudian biarkan mereka mandi. Wah riuh rendah dibuatnya.seronok dapat main air. 

Hehehe.. balik2 ja daripada pantai menu makan tengah hari pada hari itu adalah nasi putih + gula+garam+lada hitam+lada putih..aduh…mcm2 gelagat yang mereka buat tuk habiskan makann tersebut..hehe..kesian pun ada jugak..nasib baik la sarapan pagi makan nasi lemak. Mereka ini kebanyakannya datang daripada keluarga yang berada. Makanan ini merupakan latihan bagi mereka untuk merasa hidup susah & memperkenalkan mereka dengan makanan para ulama’ terdahulu kata ustaz eka wahyudi. Ak hanya brdiam dan mengiakan kata2 ustz tersebut. Memberi semangat agar mereka dapat mengawal minda mereka supaya membuatkan makanan yang berada di hadapan mereka itu sebenarnya sedap & melazatkan.Walaupun terpksa makan nasi + garam,nmun mreka masih brsemngat untuk mnruskan prgrm. Program trus brjalan dgn pelbagai pngisian tentang ibadah dan akhlak. Teori dan praktikal brkaitan solat sangat kami tekankan dlm prgrm ini,krna kpntingn solat itu sndiri sbagai tiang agama. Maka bgitu prlu untuk kami barisan fasi mengajar mreka ttg solat dan cara solat yg btul krna solat itu tiang agama sprtimna sbuah rumah andai prmulaannya tidak dbina dri tiang mnakn jdi sbuah rumah..btulkn..hri makin brlalu prgrm 4 hari 3 malam yg pda mulanya drsakn ckup lma..tp sbnrnya cma sketika,rsanya msih byk prkara yg kmi mhu smpaikn kpd adk-adk yg dsayangi. Mereka msih kecil dan sgt senang untuk mnerima sbrng ilmu yg diajar dengan cara yg btul. Nmun mereka cma sketika dengan kami,kami perlu serahkan kembali mereka ke pangkuan ibu bapa masing-masing. Terharunya semasa majlis penyerahan berlangsung,mereka menangis,kami trut menangis wlaupn tdk dzahirkan namun dlm hati tetap merasa sdih atas perpisahan tersebut. Kini hati rindu,rindu akan gelagat mereka,tekunnya mereka menghafal,tekunnya mreka mndengar,gembiranya ktika mereka bermain dan sedihnya ketika mreka sakit. Semua itu hanya tinggal kenangan dan harapan,harapan agar mereka akan membesar dan menjadi anak dan hamba yg soleh serta solehah. Kem ini memberi bgitu banyak pengalamn dlm hdupku,mengajar erti kesabaran,ketekunan, dan keikhlasan dan semangat setia kawan.  Selepas ja prgrm hbis kmi tdk trus blik malah kmi brisan fasi-fasi dbawa makan angin..hehe..p naik cable car.srnok sgt wlaupn dlm hati tue…tkut ja msa naik. 

Subhanallah dpt nikmati pemandangan indah dri ats cable car tu..cantik sgt.mmg cntik tiada tndingan hanya Allah ja yg mampu mencipta semua keindahan trsbut. Kmi bertolak balik pd keesokan harinya slepas brbelanja di Beras Terbakar dan Idaman Suri  dan stelah slesai solat jumaat.Akhir kata ingin ku ucap ribuan terima kasih kepada ibu bapa yan menghantar anak-anak mreka ke prgrm trsbut,mdh-mdhan sdkit sbnyak ada prubahan pd dri mreka dan trima ksih tdk trhingga kpd waris yg brmurah hati memberi kami barisan fasi hadiah sbgai tnda trima ksh beliau. Kenangan KPAI ini akan mnjdi knangan yg xkn prnh ku lupakan. ^_^

No comments:

Post a Comment