Salam..

Tuesday, April 12, 2011

Pabila hatiku berbicara soal cinta..


بسم الله الرحمن الرحيم

Cinta,perkatan cinta ini terlalu terkenal sehinggakan seisi dunia mengetahuinya. Cinta ini bukan sahaja terkenal malah punyai kuasa yang hebat sehinggakan mampu mengubah orang,keadaan & perasaan setelah dikuasai oleh cinta itu, ibarat puisi cinta yang di senandungkan oleh Ayyatul Husna dalam Filem Ketika Cinta Bertasbih..

Cinta adalah kekuatan
Yang mampu mengubah duri menjadi mawar
Mengubah cuka jadi anggur
Mengubah sedih jadi riang
Mengubah amarah jadi ramah
Mengubah musibah jadi muhibbah
Itulah cinta.

Cinta anugerah Allah yang suci tanpa noda,dikurniakan pada setiap hambaNya yang bergelar manusia, namun sedih sekali kerna kini kesucian cinta itu telah dicemari dengan tompok-tompok hitam akibat daripada perbuatan yang melanggari batasan syara’. Hubungan antara lelaki dan perempuan tanpa batasan sebelum berkahwin. Tiada rasa malu berpegangan dan berpimpin tangan anugerah Allah kesana kemari di depan khalayak ramai serta di pandangan Allah dan di bumiNya. Keadaan seperti ini yang menyebabkan kesucian cinta itu ternoda.

Aku juga manusia biasa yang punyai perasaan dan keinginan,aku manusia biasa yang mampu untuk jatuh cinta. Pada waktu kejahilanku suatu ketika dahulu sebelum ku belum benar mengenal syariat hubungan dalam Islam,mudah saja hati ini tertarik untuk cuba bercinta,namun Allah itu Maha Penyayang Dia menjagaku, Dia memberikan kekecewaan padaku pabila setiap kali inginku dekati cinta rekaan syaitan itu.Alhamdulillah..

Namun,kini rahmat Allah itu bersamaku,menerangi hatiku menunjukkan yang mana buruk dan baiknya. Aku bersyukur atas nikmat yang dikurniakan kepadaku ini. Walaupun hatiku pernah terusik dengan cinta murahan suatu ketika dahulu,namun kesucian cinta yang sebenar itu masih belum dimiliki oleh sesiapa dan masih tersimpan rapi dalam pemerhatian dan jagaan Allah untuk insan yang bergelar suamiku nanti Insyaallah.

Namun dalam meniti kehidupan baru daripada cahaya Allah ini,cintaku terus-terusan diuji dengan didatangkan beberapa insan yang bukan calang-calang orang untuk menguji sejauh mana ucapan cintaku padaNya.Alhamdulillah..hingga kini aku masih mampu bertahan dan terus tersenyum dalam rahmatNya. Bagiku tiada rasa cinta yang sehebat rasa cinta kepada Allah dan RasulNya. Dalam doaku memohon agar Allah terus menjaga hati dan cinta ini sehingga tiba saatnya aku dimiliki oleh kekasihNya,.iaitu insan yang menyintaiku hanya kernaNya. Doaku lagi agar Allah terus memimpin diri ini untuk menjadi wanita solehah dan hambaNya yang soleh..Insyaallah.

Masihku ingat pesanan daripada seorang senior yang kini baru sahaja diijab qabulkan dengan sayap kirinya,sungguh indah nikmat bercinta setelah bernikah.. pesanannya kepadaku :
Biarlah hanya mereka yang mencintai Allah yang dapat membuka pintu cinta enti. biarpun susah untuk dicari, tapi kalau dapat, insyaallah tidak akan rugi... (lecturer utm ‘FF’)

p/s : insyaallah mudah-mudahan hati & cinta kita sentiasa terjaga olehNya serta selalu menyintaiNya melebihi segalanya dalam hidup ini.


                                    من عشق فكتم وعف فمات فهو شهيد
"Sesiapa yang jatuh cinta,kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang  menjemputnya,maka dia adalah seorang yang  syahid"
(riwayat Hakim,Ibn Asakir,al-Dailami,dan lain-lain)


1 comment:

  1. hurmm...sdeyh....=(..moga driku jua hatiku sntiasa dplihara cinta Ilahi....

    ReplyDelete