Salam..

Monday, January 17, 2011

Hanya padaMu Ya Allah.


بسم الله الرحمن الرحيم
       
Ya Allah,
Di saat cintaku hanya padaMu
Seseorang telah datang dalam hidupku,
Memenuhi rencana yang telah ditulis untukku,
Dia membawa cinta & pengharapan kepadaku,
Semakin lama diri ini semakin tertarik dengan
Peribadinya & imannya padaMu,
 Ternyata..
Ianya berjaya membuka sedikit ruang di hatiku,
Namun semuanya mengikut takdirMu,
Disaat hati ini cuba setia kepadanya,
Dia memungkiri janjinya,
Seperti aku memungkiri janjiku padaMu,
Dia mengkhianatiku,
Seperti aku mengkhianati cintaku padaMu,
Dia meninggalkanku,
 Namun..
cintaMu masih bersamaku,
Ampunkanlah diriku ini,
Kerna telah mengkhianati janji,
Bahawa cinta & hatiku milikMu Yang Hakiki,
Kecuali hanya untuk insan yang bergelar suami,
Untuk berkongsi cintaku terhadapMu,
 Kini..
Aku akan berusaha,
mempertahankan cinta ini,
Bantulah aku Ya Allah,
Ubati hatiku yang terluka,
Kuncilah ia semula,
Semoga pilihanMu untuk pemilik cintaku,
Seorang insan yang menyintaiku keranaMu.
Serta dapat membawaku menuju syurgaMu.

                                                                                                                                   (catatan 2010)

Ilham Warkah Cinta Berbau Syurga.

بسم الله الرحمن الرحيم

Coretan ini sememangnya dicoretkan tahun lepas semasa minggu imtihan percubaan berlansung di bumi smkak.Novel warkah cinta berbau syurga telah habisku baca. Memang satu kerja gila yang ku lakukan. Membaca novel dalam waktu imtihan sedang berlangsung. Kebetulan aku mempunyai masa senggang selama seminggu sebelum meneruskan semula imtihan yang masih berbaki tiga kertas lagi. Hati ini tertarik ketika membaca synopsis novel tersebut daripada sahabat yang memiliki novel ini,novel ini sebuah novel Islamik yang mengisahkan seorang pemuda Islam yang cuba untuk mempertahankan kesuciaan hatinya dan hati orang yang cuba berdamping dengannya demi memperoleh redha Ilahi. Banyak sungguh manfaat yang dapat diperoleh daripada pembacaan novel tersebut. Mengajar dan  dalam masa yang sama membimbing terutamanya golongan remaja Islam yang ingin cuba berjinak-jinak dengan alam percintaan yang boleh membawa kepada kemusnahan diri yang teruk jika gagal dikemudi dengan betul. Penulisan dalam novel ini membawa perbezaan daripada novel Islamik yang lain kerna novel ini diselangi dengan coretan sastera dan warkah yang dilakar oleh hero novel tersebut iaitu amar mukhlis. Sungguh hatiku terpaut dengan coretan tersebut sungguh puitis dan merangkumi maksud yang tersirat. Novel ini juga telah menghidupkan kembali minatku dalam alam penulisan. Betul apa yang diperkatakan oleh amir mukhlis itu bahawa penulisan ini merupakan terapi yang berkesan untuk hati yang gundah. Meluahkan seribu rasa yang bermukim di hati melalui penulisan.

                                                                    

Saturday, January 15, 2011

Mengapa Ber’couple’ Haram?


بسم الله الرحمن الرحيم 

Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di
sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber’couple’,
sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah
ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.
Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita
perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh
Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah
diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.
Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya
berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta
atau ber’couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada
berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:
‘Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya,
baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun
dari apa yang tidak mereka ketahui.’
Dan juga  firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:
‘Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki
dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan
bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang
paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling
bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Mengenal.’
Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh
mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan
perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang
melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman
Allah,
‘Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka
menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu
adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa
yang mereka perbuat.”
Surah An-Nur(24) ayat 30
Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita
menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang
dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi
kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam
sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman,
‘Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,…’
Surah An-Nur(24) ayat 31.
Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan
matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para
pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada
ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram
daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka,
apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
‘Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.’
Ayat ini memang cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila
ditegur dengan ayat ini akan menjawab,’Kami tidak berzina. Kami
berbual-bual je’ , ‘Kami keluar makan je’ dan ‘Kami main SMS je.’ Dan
pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.
Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan
kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa
ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya
mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan
maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan
dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan,
jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan
menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah
menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan
hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah
telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a
katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
‘Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai
zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah
memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan
syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak
menuruti.’*
Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya’
‘Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia
pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya
mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya
memukul(berpegangan,brgurau menggunakan tangan). Kaki, zinanya
melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan)
hanya mengikuti atau tidak mengikuti.’**
(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang
imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih
Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)
Daripada dua hadis ini, jelas rasulullah menenyenaraikan
bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan
sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila
lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis,
untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita,
lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan
suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama
ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling
bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan
tentangnya, keacantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa
kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari
segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan
percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran
dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum
berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah
HARAM.
 p/s : Semoga  penjelasan diats ini membuatkan kita sama-sama brmuhasabah. pilihlah antara dua CINTA ALLAH YG KEKAL ABADI @ CINTA MANUSIA YG HNYA SMPAI KEMATI. sesungguhnya jdoh setiap kta telahpn dtetapkan cma wktu yg membatasknnya..andai tba saat itu psti kta akn ktemu dgn jdoh kta..& urusknlah ia mngikut syariat yg tlh dtetapkan dlm Islam bknnya mngkut alirn predaran semasa. insyaallah hdup kta akn bhgia & sntiasa dlm rhmatNya..aminn.






 

CABARAN UNTUKKU

بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak umur menjengah usia remaja dan menuju ke arah umur pra-dewasa ini. Pelbagai dugaan dan ujian yang hebat yang terpaksa daku tempuhi. Terdetik dalam hatiku ingin menjadi seperti bayi yang baru lahir semula kerana tidak perlu memikirkan masalah yang seringkali berkunjung  meminta penyelesaiannya shibih kepada peminta sedekah yang meminta wang untuk menyara hidup sendiri dalam meniti hidup menuju negeri yang kekal abadi.Walau bagaimanapun jika direnung dan difikirkan semula setiap yang bernyawa itu pasti ada masalah yang perlu dihadapinya. Tiada apa yang senang dalam perjalanan hidup ini,Perjalanan hidup itu amat susah,namun perjalanan kematian itu teramat susah kerana perlu menempuhi rasa sakitnya sakaratul maut tidak kira walau dalam apa keadaan sekalipun bentuk kematian seseorang itu.Setelah selesai pejalanan pertama selepas kematian perlu menempuh sesi temuduga oleh dua malaikat Munkar dan Nakir bagi melayakkan diri menjejakkan kaki sama ada di taman syurawi atau di lautan api yang membahang. Kesimpulannya tiada apa yang senang melainkan semuanya bergantung kepada diri kita sendiri untuk menjadikan sesuatu itu terasa seperti senang dan selesa pada diri kita.Iman dan taqwa kepada Allah itu merupakan senjata utama untuk menangkis rasa sukar yang menjalar dalam diri.
Oleh itu hanya pada Allah sebaik-baik tempat untuk mengadu dan berantung harap selepas berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Friday, January 14, 2011

coretan 2010

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani.Aku memulakan penulisanku pada hari ini.Agak lama rasanya tidak menulis meluahkan rasa hati yang kini berada pada tahap yang hampir kritikal setelah diserang oleh pelbagai penyakit dalaman dan luaran yang boleh menggagalkan fungsi dengan menghentikan proses penggepaman darah ke setiap urat dalam badanku untuk terus menikmati hidup kurniaan Ilahi ini. Namun kerana secalit iman dan taqwa yang masih bertahan dalam jiwaku membantu memulihkan hatiku yang kritikal ini.Cuba mermotivasikan diri sendiri agar tidak mati dengan ketajaman kata-kata dan sikap-sikap manusia yang seperti hunusan pedang ketika berperang.Kembali kepada tujuan utama ‘MENUJU SYURGA SEBAGAI DESTINASI ABADI’ Bukan senang untuk menjejak ke destinasi terindah itu,malah mencium haruman kasturi syurga itu pun belum tentu daku peroleh.Namun kejadian yang pernah ku alami walaupun telah bertahun lamanya berlalu tidak akan pernah luput dalam kotak memoriku,daku terasa seperti berada dalam sebuah taman yang cantik dan dapat melihat dengan jelas rumput  dan bunga-bungaan yang terhampar seperti permaidani yang dihiasi bunga-bunga yang cantik ketika ingin rukuk kepada Ilahi dalam solatku. Tidak dapat digambarkan begitu tenangnya perasaan dan hatiku setelah selesai menunaikan solat pada ketika itu. Pada pendapat orang mungkin semua ini hanya mainan fikiran atau ganguan daripada syaitan ketika solat tetapi hanya daku sahaja yang tahu kelainannya perkara yang berlaku kepada diriku.kejadian itu membuatkan hatiku begitu tenang dan senang sekali. Allah itu Maha Pengasih,Penyayang dan Pemurah tiada apa yang mustahil bagiNya untuk Dia memberikan hidayah dan petunjuk pada sesiapa yang Dia kehendaki.





Thursday, January 13, 2011

11 jenis manusia didoa Malaikat

بسم الله الرحمن الرحيم
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman . Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:        

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, dimana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagai mana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9 . Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."