Salam..

Saturday, January 15, 2011

CABARAN UNTUKKU

بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak umur menjengah usia remaja dan menuju ke arah umur pra-dewasa ini. Pelbagai dugaan dan ujian yang hebat yang terpaksa daku tempuhi. Terdetik dalam hatiku ingin menjadi seperti bayi yang baru lahir semula kerana tidak perlu memikirkan masalah yang seringkali berkunjung  meminta penyelesaiannya shibih kepada peminta sedekah yang meminta wang untuk menyara hidup sendiri dalam meniti hidup menuju negeri yang kekal abadi.Walau bagaimanapun jika direnung dan difikirkan semula setiap yang bernyawa itu pasti ada masalah yang perlu dihadapinya. Tiada apa yang senang dalam perjalanan hidup ini,Perjalanan hidup itu amat susah,namun perjalanan kematian itu teramat susah kerana perlu menempuhi rasa sakitnya sakaratul maut tidak kira walau dalam apa keadaan sekalipun bentuk kematian seseorang itu.Setelah selesai pejalanan pertama selepas kematian perlu menempuh sesi temuduga oleh dua malaikat Munkar dan Nakir bagi melayakkan diri menjejakkan kaki sama ada di taman syurawi atau di lautan api yang membahang. Kesimpulannya tiada apa yang senang melainkan semuanya bergantung kepada diri kita sendiri untuk menjadikan sesuatu itu terasa seperti senang dan selesa pada diri kita.Iman dan taqwa kepada Allah itu merupakan senjata utama untuk menangkis rasa sukar yang menjalar dalam diri.
Oleh itu hanya pada Allah sebaik-baik tempat untuk mengadu dan berantung harap selepas berusaha dengan bersungguh-sungguh.

No comments:

Post a Comment