Salam..

Wednesday, January 26, 2011

Pilihlah calon suami yang….

 بسم الله الرحمن الرحيم

Seorang lelaki yang bergelar suami merupakan ketua keluarga yang akan memimpin ahli keluarganya samaada ke arah yang baik mahupun sebaliknya,setiap pasangan yang saling menyintai kerna Allah mengimpikan kebahagiaan yang kekal hingga ke syurga. Namun begitu ada ciri2 yang perlu ada pada calon2 suami yang soleh yang boleh memberi harapan kepada si isteri tercinta untuk  belayar menuju ke syurga yang kekal abadi. Antaranya :

1-KUAT AGAMANYA.
Biar sibuk macam mana sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-BAIK AKHLAKNYA.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-unsur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada keluarga begitu ketara.

3-TEGAS MEMPERTAHANKAN MARUAH.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam seperti `rumah urut', disko, pub dan bar?

4-AMANAH
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-TIDAK BOROS
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-TIDAK LIAR MATANYA
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-TERBATAS PERGAULAN
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas. Inilah yang sepatutnya iaitu dia tidak mudah mengambil kesempatan atas kelebihannya sebagai lelaki.

8-RAKAN PERGAULANNYA.
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-BERTANGGUNGJAWAB
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk ibu bapa dan keluarganya. Jika keluarganya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab terhadap keluarganya.

10-TENANG WAJAH
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Dia tidak mudah melenting dan tidak panas baran.

No comments:

Post a Comment