Salam..

Thursday, January 20, 2011

BANJIR BESAR UNTUK KALI KE-2 2010



بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah jariku mula menari-nari di atas ‘keyboard’ laptop untuk mencoret sebuah kisah dan pengalaman yang singgah sebentar dalam hidupku ini. Pada 4/11/2010 hari khamis. Seperti kebiasaannya aku pulang ke rumah kerana cuti.Namun perjalanan pulang pada hari ini tidak seperti selalu kerana terpaksa mengambil masa hampir 2 jam setengah untuk sampai ke rumah. Hal ini adalah berikutan dengan keadaan jalan yang banyak ditutup akibat daripada bencana banjir yang melanda. Kejadian banjir pada tahun ini lebih teruk daripada kejadian pada tahun 2005 kerana pada kali ini lebih banyak tempat yang dinaiki air dan paras air yang sangat dalam dan deras sehingga telah meragut beberapa nyawa.Namun banjir kali ini aku tidak berada bersama-sama dengan keluarga kerana berada di sekolah,aku cuma dapat  mengetahui keadaan banjir ini melalui berita di surat khabar dan keluarga melalui telefon. Walaupun banjir kali ini lebih besar dan tragis,Alhamdulillah keadaan keluarga dan rumahku tidak terjejas dengan kehadiran banjir yang melanda kerana tapak rumahku tinggi dan selamat daripada dimasuki air banjir. Keadaan ini berbanding dengan banjir yang melanda pada tahun 2005 kerana pada ketika itu aku masih berada di rumah lama dan menjadi antara mangsa banjir yang rumah dimasuki air. Kenangan banjir pada 2005 itu tidak akan aku lupakan kerana nyaris-nyaris meragut nyawaku akibat tidak sedar yang air telah masuk dan memenuhi bilik tidurku pada ketika aku dan keluarga sedang nyenyak tidur. Namun aku sekeluarga bernasib baik kerna ada orang-orang kampung yang prihatin kejutkan kami dan memberitahu bahawa rumah kami telah dimasuki air. Hampir seminggu kami terpaksa berpindah keluar sehingga air surut dan keadaan mulai normal seperti biasa. Aku dan keluarga terpaksa pula bertungkus-lumus membersih rumah yang penuh dengan tanah merah yang dibawa oleh air banjir. Banyak perabot dan  barang-barang yang rosak kerana tenggelam dalam air banjir. Namun kini,semua itu  hanya tinggal kenangan yang tidak akan aku lupakan. Walau apapun aku turut bersimpati dengan keluarga-keluarga yang rumah mereka dimasuki air kerana aku dapat merasa pengalaman itu sebelum ini. Semua ini menguji tahap kesabaran dan keimanan kita pada Allah.Walaupun rumahku tidak dimasuki air namun keluargaku menghadapi masalah terputus bekalan makanan dan bekalan air. Sama juga seperti aku dan rakan-rakan yang tinggal di asrama. Kami menghadapi masalah ketiadaan air selama 3 hari bermula pagi selasa hinggalah hari khamis ini. Pada hari pertama ketiadaan air kami terpaksa berjalan mencari sumber-sumber air untuk membersihkan diri begitu juga pada hari kedua,dan pada hari ketiga bekalan air di asrama telah habis,untuk mendapatkan air  pada sebelah paginya aku bangun seawal pukul 4 pagi pergi ke sekolah untuk mandi. Dalam keadaan yang masih mengantuk aku bangun dan kejutkan rakan sebilik dan kami keluar dari kawasan asrama untuk menuju ke sekolah. Kami jalan dalam keadaan berpegangan tangan kerana takut setelah mendengar suara anjing menyalak. Meremang bulu roma dibuatnya namun kuatkan semangat kerana tidak sanggup pergi ke sekolah tanpa mandi. Cubaan …akhirnya berjaya juga mandi walaupun hanya sekejap,mandi hanya untuk bersihkan diri bukan untuk berendam membazirkan air. Satu sekolah terputus terus bekalan air,kantin dan dewan makan asrama terpaksa menyediakan makanan dalam bekas polisterin kerana tiada air untuk mencuci pinggan yang kotor. Berbagai-bagai kejadian yang berlaku dalam minggu ini. Air untuk berwuduk juga perlu berjimat hanya dengan satu basuhan pada anggota wuduk yang wajib sahaja. Pengalaman ini mengajar aku dan mungkin rakan-rakan yang lain erti kesabaran dan sikap redha menghadapi ujian. Tapi bila dapat pulang ke rumah rasa hati tenang dari semua masalah yang berkunjung di hati ini. Alhamdulillah….kesabaran penuh keredhaan…. Antara coretan kenangan yang tidak akan aku lupakan bersama kawan-kawan di bumi SMKAK.


2 comments:

  1. ingat lagi saat dan waktu ini...amat tercabar...tmbh2 bg ana yang memang tak pernah lansung mgalami banjir besar cmnie....
    kuasa ALLAH....subhanallah...

    ReplyDelete
  2. a'ah..btul2..pngalamn yg xkn dpt dlupakan.. sesungguhnya Allah berkuasa menjadikan apa yg dikehendakiNya..subahanallah.

    ReplyDelete