Salam..

Monday, January 17, 2011

Ilham Warkah Cinta Berbau Syurga.

بسم الله الرحمن الرحيم

Coretan ini sememangnya dicoretkan tahun lepas semasa minggu imtihan percubaan berlansung di bumi smkak.Novel warkah cinta berbau syurga telah habisku baca. Memang satu kerja gila yang ku lakukan. Membaca novel dalam waktu imtihan sedang berlangsung. Kebetulan aku mempunyai masa senggang selama seminggu sebelum meneruskan semula imtihan yang masih berbaki tiga kertas lagi. Hati ini tertarik ketika membaca synopsis novel tersebut daripada sahabat yang memiliki novel ini,novel ini sebuah novel Islamik yang mengisahkan seorang pemuda Islam yang cuba untuk mempertahankan kesuciaan hatinya dan hati orang yang cuba berdamping dengannya demi memperoleh redha Ilahi. Banyak sungguh manfaat yang dapat diperoleh daripada pembacaan novel tersebut. Mengajar dan  dalam masa yang sama membimbing terutamanya golongan remaja Islam yang ingin cuba berjinak-jinak dengan alam percintaan yang boleh membawa kepada kemusnahan diri yang teruk jika gagal dikemudi dengan betul. Penulisan dalam novel ini membawa perbezaan daripada novel Islamik yang lain kerna novel ini diselangi dengan coretan sastera dan warkah yang dilakar oleh hero novel tersebut iaitu amar mukhlis. Sungguh hatiku terpaut dengan coretan tersebut sungguh puitis dan merangkumi maksud yang tersirat. Novel ini juga telah menghidupkan kembali minatku dalam alam penulisan. Betul apa yang diperkatakan oleh amir mukhlis itu bahawa penulisan ini merupakan terapi yang berkesan untuk hati yang gundah. Meluahkan seribu rasa yang bermukim di hati melalui penulisan.

                                                                    

No comments:

Post a Comment