Salam..

Saturday, January 15, 2011

Mengapa Ber’couple’ Haram?


بسم الله الرحمن الرحيم 

Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di
sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber’couple’,
sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah
ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.
Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita
perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh
Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah
diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.
Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya
berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta
atau ber’couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada
berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:
‘Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya,
baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun
dari apa yang tidak mereka ketahui.’
Dan juga  firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:
‘Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki
dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan
bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang
paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling
bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Mengenal.’
Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh
mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan
perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang
melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman
Allah,
‘Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka
menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu
adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa
yang mereka perbuat.”
Surah An-Nur(24) ayat 30
Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita
menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang
dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi
kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam
sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman,
‘Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,…’
Surah An-Nur(24) ayat 31.
Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan
matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para
pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada
ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram
daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka,
apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
‘Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.’
Ayat ini memang cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila
ditegur dengan ayat ini akan menjawab,’Kami tidak berzina. Kami
berbual-bual je’ , ‘Kami keluar makan je’ dan ‘Kami main SMS je.’ Dan
pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.
Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan
kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa
ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya
mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan
maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan
dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan,
jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan
menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah
menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan
hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah
telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a
katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
‘Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai
zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah
memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan
syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak
menuruti.’*
Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya’
‘Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia
pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya
mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya
memukul(berpegangan,brgurau menggunakan tangan). Kaki, zinanya
melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan)
hanya mengikuti atau tidak mengikuti.’**
(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang
imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih
Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)
Daripada dua hadis ini, jelas rasulullah menenyenaraikan
bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan
sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila
lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis,
untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita,
lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan
suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama
ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling
bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan
tentangnya, keacantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa
kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari
segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan
percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran
dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum
berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah
HARAM.
 p/s : Semoga  penjelasan diats ini membuatkan kita sama-sama brmuhasabah. pilihlah antara dua CINTA ALLAH YG KEKAL ABADI @ CINTA MANUSIA YG HNYA SMPAI KEMATI. sesungguhnya jdoh setiap kta telahpn dtetapkan cma wktu yg membatasknnya..andai tba saat itu psti kta akn ktemu dgn jdoh kta..& urusknlah ia mngikut syariat yg tlh dtetapkan dlm Islam bknnya mngkut alirn predaran semasa. insyaallah hdup kta akn bhgia & sntiasa dlm rhmatNya..aminn.






 

No comments:

Post a Comment